Adakah??

Tuesday, August 24, 2010

Adakah kusudah jatuh cinta
Apabila makan tiada kenyang rasanya
Bila kuminum haus masih terasa
Gelap dan terang tiada bezanya?

Adakah kusudah jatuh cinta
Bila setiap detik merinduinya
Rasa kehilangan setiap malam tiba
Terasa lemas bila mentari bercahaya?

Adakah kusudah jatuh cinta
Semalam ditimpa hujan dan basah semuanya
Tetapi masih terasa kehangatan memori bersamanya
Titis-titis hujan yang dingin terasa panas pula?

Adakah kusudah jatuh cinta
Kerana kelmarin semasa menulis kerja2
Terlepas isi penting kusedari tiada
Kerana teringat seyuman sidia?

Adakah kusudah jatuh cinta
(atau inikah tanda-tanda awal akan jadi gilaĆ¢€¦)
Sehingga berapa rakaat solat saya pun terlupa
Baru selesai dua atau pun sudah tiga
Hingga terpaksa ku lakukan Sujud Sahwi pula?

p/s ~ Ya Allah.. Labuhkan cintaku padaMu.

No comments:

Post a Comment